.: Talentime :.
Sebuah pertandingan pencarian bakat mempertemukan dua hati - Melur, seorang gadis Melayu kacukan dengan seorang pelajar lelaki berbangsa India, Mahesh. Melur, dengan suaranya yang merdu, bernyanyi sambil bermain piano adalah salah seorang daripada tujuh finalis pertandingan Talentime sekolahnya, di bawah kelolaan Cikgu Adibah. Begitu juga Hafiz, memikat dengan bakat nyanyian sambil bermain gitar, yang membahagikan masa antara persekolahan dan bersama ibu yang dirawat di hospital kerana menghidap tumor otak. Ia bermula selepas Mahesh, antara pelajar yang ditugaskan menjemput finalis ke sekolah bagi menjalani latihan, menghantar surat pemberitahuan lulus ujibakat ke rumah Melur. Rupanya yang kacak memikat hati gadis itu. Di awal perkenalan, malapetaka menimpa keluarga Mahesh apabila bapa saudaranya, Ganesh yang menjaga keluarga itu sejak ketiadaan ayah, mati ditikam di hari perkahwinannya.Melur, menyangka sikap membisu Mahesh kerana sedih dengan tragedi itu, berang apabila terus tidak dipedulikan. Dia bagaimanapun kesal selepas diberitahu oleh Hafiz mengenai keadaan sebenar Mahesh.Itu merubah persepsi Melur terhadap Mahesh. Begitu juga Mahesh yang menyenangi kehadiran gadis itu yang sering mengungkapkan puisi indah. Mahesh, menyedari perhubungan itu akan ditentang, menyembunyikannya daripada pengetahuan ibunya yang masih berduka di atas kematian Ganesh. Namun, rahsia itu terbongkar dan Mahesh dipukul di depan Melur sendiri. Cuma sehari sebelum berlangsungnya pertandingan, apakah Melur cukup gagah untuk menyanyikan bait puitis lagunya ketika hatinya sedang sengsara mengingatkan Mahesh? Bagaimana dengan Mahesh yang bertemu cinta pertamanya? Di malam Talentime, segalanya terungkai.



























0 Responses
  • .: Music :.



    .: Shoot me :.



    .: link :.



    Photobucket

    BlogMalaysia.com

    Followers

  • .: Status :.


    Kata org…
    persahabatan boleh berakhir dengan cinta,tapi tidak mungkin dan agak sukar untuk sebuah cinta berakhir dengan persahabatan

    Kadang ada hal yang bisa kita ungkap lewat kata-kata...
    Tapi ada juga hal yang tak mampu diucap, hanya lewat nota-nota....



    Kadang tubuh kaku...
    kata-kata pula beku...



    Saat hati menjadi sedih
    Seumpama semangat yang tak mau pulih...



    Kita harap, bulan bisa mengerti
    Tapi bagai memberi kata yang tak pasti....



    Kita semai mimpi hari ini
    Bisakah kita tuai hasilnya satu saat nanti...?



    Kau...
    Aku...



    Dua jiwa
    Dua hati...
    Dua jasad
    Dua serba serbi...
    Cinta, kasih, rindu, sayang....
    Di sini termenung....
    ingatan melayang....





    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us

    Image Hosted by ImageShack.us